NOTIS DATA & MAKLUMAT PERIBADI

NOTIS DATA & MAKLUMAT PERIBADI UNTUK PELANGGAN / BAKAL PELANGGAN YANG DIHARGAI

1.    Pengumpulan Data Peribadi

Notis Data & Maklumat Peribadi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan / bakal pelanggan kami yang dihargai, selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Malaysia.

Kami memandang serius data peribadi anda.

Sewaktu anda berurusan dengan Nora S. W. Lam & Associates sebagai pelanggan / bakal pelanggan kami yang dihargai, kami akan meminta anda memberikan data dan maklumat tentang diri anda ("Data Peribadi”) untuk membolehkan kami menjalankan kerja kami sebagai peguam anda atau menyampaikan notis dan/atau perkhidmatan berhubung dengan perniagaan kami. Hal ini adalah relevan bagi proses perniagaan kami, pelaksanaannya, termasuk penyampaian notis dan perkhidmatan, pengurusan perhubungan pelanggan, tujuan perancangan berkenaan dengan perkhidmatan akan datang, pelancaran perkhidmatan baru dan acara-acara termasuk acara promosi dengan rakan kongsi perniagaan.

2.    Sifat Data Peribadi

Data Peribadi tersebut mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data, privasi dan undang-undang serupa lain yang terpakai dan mungkin merangkumi maklumat tentang nama, usia, nombor kad pengenalan, alamat, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, pekerjaan, maklumat hubungan, alamat e-mel, bangsa, kewarganegaraan, nombor pasport, jenis pinjaman yang dipohon berhubung dengan pembelian harta.

3.    Kesan kegagalan untuk memberikan Data Peribadi

Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi akan:-

  1. menyebabkan kami tidak dapat menyampaikan notis dan/atau perkhidmatan yang diminta kepada pelanggan / bakal pelanggan;
  2. menjejaskan keupayaan pihak-pihak untuk memasuki Perjanjian Jual Beli yang perlu berhubung dengan pembelian dan/atau penjualan harta dan/atau produk; dan/atau
  3. mengakibatkan kami tidak dapat mengemaskinikan anda tentang perkhidmatan terbaru kami.

4.    Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan dikumpul, digunakan dan sebaliknya diproses oleh kami antara lainnya bagi tujuan berikut:

  1. penyampaian notis perkhidmatan dan pemasaran perkhidmatan tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda;
  2. agar anda dapat memasuki perjanjian dan/atau kontrak yang perlu untuk membeli dan/atau menjual harta (untuk pelanggan hartanah sahaja);
  3. prosedur pengurusan perhubungan pengguna atau pelanggan;
  4. tujuan yang diperuntukkan dengan nyata dalam sebarang perkhidmatan khusus yang ditawarkan oleh kami;
  5. menjalankan aktiviti pemasaran dan pemprofilan pelanggan berhubung dengan perkhidmatan berkaitan kami;
  6. penilaian kredit dan semakan latar belakang lain terhadap pengguna sepertimana kami anggap perlu atau sesuai;
  7. penyimpanan rekod dalaman kami;
  8. pungutan pembayaran belum dijelaskan daripada pelanggan;
  9. menghalang jenayah (termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, rasuah);
  10. memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami;
  11. tujuan berkaitan dengan mana-mana satu daripada perkara di atas (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelidikan, penanda aras dan analisis perangkaan); dan/atau
  12. membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media sosial tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga tertentu yang kami anggap mungkin menarik minat anda tetapi semasa berbuat demikian kami akan terus mengawal Data Peribadi anda dan kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran terdahulu anda;

5.    Pendedahan Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan kepada kami secara amnya akan dirahsiakan tetapi anda dengan ini membenarkan dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori pihak berikut:-

  1. mana-mana orang kepada mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan;
  2. rakan kongsi perniagaan dan anggota gabungan dalam talian kami yang menyediakan perkhidmatan atau produk berkaitan berhubung dengan perniagaan kami;
  3. agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
  4. juruaudit, perunding, akauntan, peguam kami atau penasihat kewangan atau profesional kami yang lain;
  5. subkontraktor kami atau penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga sebagaimana kami anggap perlu atau sesuai;

6.    Pelindung

Kami akan menyimpan dan memproses data anda dalam cara yang selamat. Kami akan berusaha sedaya upaya, di mana praktik, untuk melaksanakan pelindung dan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi anda dalam cara yang tidak dibenarkan atau tidak sah dan kehilangan atau kemusnahan atau kerosakan pada Data Peribadi anda dalam cara yang tidak disengajakan. 

7.    Pemindahan & Perkongsian Data

Sekiranya kami menganggapnya perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan atau pemprosesan data atau untuk menyediakan sebarang perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami boleh memindahkan Data Peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga, dalam keadaan kerahsiaan dan tahap pelindung keselamatan yang serupa.

8.    Hak Akses dan Pembetulan Anda

8.1    Anda berhak meminta akses kepada dan pembetulan maklumat tentang anda yang disimpan oleh kami dan dalam hal ini, anda boleh:

  1. menyemak sama ada kami menyimpan atau menggunakan Data Peribadi anda dan meminta akses kepada data tersebut;
  2. meminta agar kami membetulkan sebarang Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan masa;
  3. meminta agar Data Peribadi anda disimpan oleh kami hanya selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan maklumat tersebut dikumpul;
  4. meminta agar kami menyatakan atau menjelaskan dasar dan prosedurnya berkaitan dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami;
  5. memaklumkan kepada kami bantahan anda tentang penggunaan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran dan dengan itu kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan ini; dan
  6. menarik balik, dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran anda yang diberikan sebelum ini, dalam setiap keadaan tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang terpakai, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.

8.2    Permintaan bertulis bagi akses kepada Data Peribadi atau pembetulan dan/atau pemadaman Data Peribadi atau bagi maklumat tentang dasar dan prosedur dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami hendaklah ditujukan kepada:

Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Nora S. W. Lam & Associates

 No. Telefon : +607-222 0818
No. Faks : +607-226 3118
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Alamat Pos : Suite 18.01 Level 18
Johor Bahru City Square (Office Tower)
106-108 Jalan Wong Ah Fook
80000 Johor Bahru
Johor
Website Disclaimer

By using this website you accept the term of this disclaimer notice.
CLICK HERE for details.

Personal Data & Information Notice

Notice for our valued clients / prospective clients
READ MORE (ENGLISH)  |  BACA LEBIH LANJUT (B.M.)